Previous
Next

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman Cameron Highlands. Cameron Highlands merupakan satu daerah di dalam Negeri Pahang yang terkenal sebagai tempat pelancongan tanah tinggi. Terletak di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, dengan purata ketinggian kawasan-kawasan di Cameron Highlands adalah 1500 meter dari aras laut. Antara tarikan utama pelancong ke Cameron Highlands adalah kerana cuacanya yang sejuk dimana suhunya boleh mencapai sehingga 15 darjah Celcius disamping terdapatnya ladang teh, ladang strawberi, kebun-kebun sayur dan bunga dan menikmati keindahan hutan hujan tropika. Terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands.

Di sini, kami akan menunjukkan tempat-tempat menarik, kemudahan-kemudahan yang terdapat di Cameron Highlands termasuklah tip-tip percutian ke Cameron Highlands.

Semua maklumat yang dipaparkan di laman web ini adalah untuk rujukan sahaja. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini disebabkan fakta-fakta yang terdapat di laman web ini.

Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan apartment homestay,
boleh terus hubungi Hisham 019-440 1116 (Tel / WhatsApp)