Golden Hills
SomerSquare Apartment, Cameron Golden Hills
Homestay ini terletak berhampiran Pasar Malam Cameron Highlands yang sebelum ini dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar malam yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung ke Cameron Highlands.
Terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata, berhampiran Padang Golf, Golden Hills merupakan apartment yang baru dan dilengkapi kemudahan lif. Amat sesuai untuk penginapan keluarga sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands. Jarak ke Brinchang lebih kurang 2km dan ke Tanah Rata 3km.
Apartment ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam, kawasan meletak kenderaan yang luas dan suasana mendamaikan dengan landskap menarik. Perlu menggunakan kad akses untuk masuk ke dalam apartment. Terdapat taman riadah, tangga yang melalui kawasan hutan semulajadi, tasik dan outdoor gym untuk anda di sini.
Kami menawarkan apartment percutian seperti berikut:
- Untuk Muslim sahaja.
- 3 bilik tidur.
- 2 bilik air dengan alat pemanas air.
- Terletak di tingkat 3, dengan kemudahan lif.
- Kemudahan tilam, bantal dan toto tambahan.
- Peralatan memasak yang lengkap.
- Dapur gas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik, periuk, kuali dan pinggan mangkuk.
- Seterika dan papan seterika.
- Sejadah.
- Televisyen dengan siaran unifi tv.
- Percuma wi-fi unifi berkelajuan tinggi.
Jadual harga Apartment Golden Hills :-
| Jumaat & Sabtu | Ahad – Khamis |
Hari biasa | RM300.00 | RM200.00 |
Cuti sekolah | RM300.00 | RM250.00 |
Cuti umum | RM350.00 | RM250.00 |
Harga yang dipaparkan adalah untuk penginapan semalaman.
Waktu daftar masuk: Selepas pukul 2:00 petang.
Waktu daftar keluar: Sebelum pukul 12:00 tengah hari.
Harga menarik untuk penginapan dua malam dan ke atas. Diskaun untuk penginapan pada hari biasa, Ahad – Khamis.
Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan apartment homestay boleh hubungi Hisham 019-440 1116 ( Tel / WhatsApp www.wasap.my/60194401116)
(Sila nyatakan nama apartment untuk membuat tempahan)