Golden Hills

SomerSquare Apartment, Cameron Golden Hills

Homestay ini terletak berhampiran Pasar Malam Cameron Highlands yang sebelum ini dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar malam yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung ke Cameron Highlands.

Terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata, berhampiran Padang Golf, Golden Hills merupakan apartment yang baru dan dilengkapi kemudahan lif. Amat sesuai untuk penginapan keluarga sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands. Jarak ke Brinchang lebih kurang 2km dan ke Tanah Rata 3km.

Apartment ini dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam, kawasan meletak kenderaan yang luas dan suasana mendamaikan dengan landskap menarik. Perlu menggunakan kad akses untuk masuk ke dalam apartment. Terdapat taman riadah, tangga yang melalui kawasan hutan semulajadi, tasik dan outdoor gym untuk anda di sini.

Kami menawarkan apartment percutian seperti berikut:

Jadual harga Apartment Golden Hills :-

 

Jumaat & Sabtu

Ahad – Khamis

Hari biasa

RM300.00

RM200.00

Cuti sekolah

RM300.00

RM250.00

Cuti umum

RM350.00

RM250.00

Harga yang dipaparkan adalah untuk penginapan semalaman.

Waktu daftar masuk: Selepas pukul 2:00 petang.

Waktu daftar keluar: Sebelum pukul 12:00 tengah hari.

Harga menarik untuk penginapan dua malam dan ke atas. Diskaun untuk penginapan pada hari biasa, Ahad – Khamis.

Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan apartment homestay  boleh hubungi Hisham 019-440 1116 ( Tel / WhatsApp www.wasap.my/60194401116)

(Sila nyatakan nama apartment untuk membuat tempahan)